KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kerajaan menjelaskan bahawa isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bukan punca utama kejatuhan nilai ringgit.
Datuk Johari Abdul Ghani,Timbalan Menteri Kewangan |
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, dalam tempoh September 2014 hingga 16 Oktober lalu nilai ringgit telah menyusut sebanyak 21.6 peratus.
“Malah mata wang di negara serantau ini turut mengalami penurunan nilai antara 5.9 hingga 19.5 peratus berbanding nilai dolar Amerika Syarikat (USD) dalam tempoh sama.
\
“Jadi tidak timbul bahawa 1MDB menjadi punca nilai ringgit jatuh kerana negara lain di rantau ini turut mengalami kejatuhan nilai mata wang. Adakah ini kerana mereka juga mempunyai syarikat 1MDB di negara masing-masing?” katanya.
“Jadi tidak timbul bahawa 1MDB menjadi punca nilai ringgit jatuh kerana negara lain di rantau ini turut mengalami kejatuhan nilai mata wang. Adakah ini kerana mereka juga mempunyai syarikat 1MDB di negara masing-masing?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Shamsul Iskandar (PKR- Bukit Katil) yang meminta kementerian menyatakan pendirian terhadap pandangan bahawa susutan nilai ringgit boleh dipulihkan apabila isu 1MDB diselesaikan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Johari, bagaimanapun, baru-baru ini, trend telah menunjukkan perubahan apabila nilai ringgit menjadi kukuh sebanyak 6.5 peratus bagi tempoh 1 hingga 16 Oktober lalu.
Menjelaskan berhubung faktor kemerosotan nilai ringgit, beliau memberitahu, penyusutan mata wang negara berpunca daripada empat faktor utama.
“Pertama adalah jangkaan pelabur terhadap kemungkinan faedah di Amerika Syarikat ditingkatkan yang akan mengalakkan pelabur jangka pendek terhadap pegangan aset dalam USD.
“Kedua, prospek pertumbuhan perlahan di China telah meningkatkan aktiviti penghindaran risiko pelabur di pasaran negara membangun pesat berkembang sekali gus menambah tekanan terhadap mata wang serantau.
“Ketiga, ketidaktentuan ekonomi di Greece dan kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi China serta penurunan mata wang Yuan pada bulan Ogos lalu sehingga menjejaskan prestasi mata wang serantau sekali gus menjejaskan mata wang negara sebagai pengeksport komoditi termasuk Malaysia yang menerima kesan daripada kejatuhan harga minyak dunia,” katanya.
Tambahnya, punca terakhir adalah kerana faktor dalam negeri yang turut menyebabkan kejatuhan nilai ringgit antaranya isu penarafan daripada agensi penarafan antarabangsa ( utusan online-parlimen).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1336 hrs on November 0,2015..
No comments:
Post a Comment