“Ini merupakan langkah positif, pihak rabitah (alumni) akan membincangkan perkara ini, berdasarkan pengalaman yang kita ada, insya-Allah kita mampu tubuhkan jawatankuasa itu.

“Saya yakin jawatankuasa itu nanti mampu mengadakan pertemuan seperti hari ini sekerap mungkin berdasarkan kemampuan yang ada.

“Kami akan mengenal pasti tokoh-tokoh yang akan dibawa dalam jawatankuasa itu, yang mana mereka harus bebas daripada kepentingan mana-mana parti politik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas forum berkenaan.

Turut hadir sebagai ahli panel forum, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri Besar Kelantan, yang juga Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Nasharudin Mat Isa.
Cadangan penubuhan jawatankuasa itu disambut baik oleh Asyraf yang menyatakan perlunya pihak ketiga dalam menyatukan dua pihak yang selama ini tidak sehaluan dalam konteks politik namun ingin bersatu dalam menjaga kepentingan agama dan perpaduan umat Islam.

“Itu (jawatankuasa) satu cadangan yang baik, saya rasa gerakan penyatuan ini boleh dilakukan kerana adanya pihak ketiga yang diwakili ulama dan cendekiawan Islam dari Universiti Al-Azhar yang umurnya lebih 1,000 tahun.

“Dan kita tahu jawatankuasa itu nanti adalah ulama dan cendekiawan yang tidak mewakili mana-mana parti politik tapi mewakili suara hati rakyat,” katanya. – BERNAMA ( Utusan online).Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 2.24 am on Disember 19,2015.