Mohamad Shukri
Mohamad Shukri
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ke­­­dua-dua parti itu per­lu menanamkan si­­kap saling memahami, menghargai dan hormat-menghormati dalam usaha mengekalkan perpaduan untuk jangka masa panjang.
Katanya, perpaduan tersebut diharapkan bakal memberi satu dimensi baharu kepada umat Islam untuk membina kekuatan dalam menangani ancaman fahaman songsang seperti ajaran sesat.
“Sifat toleransi itu amat penting untuk mewujudkan satu gabungan yang mantap supaya persefahaman dapat dicapai antara satu sama lain dan bakal menguntungkan kedua-dua pihak.
“Tidak guna bermusuh lagi, inilah masanya untuk membentuk perpaduan kerana agama Islam itu sendiri menuntut kita bersatu padu dan menjalinkan persaudaraan sesama Muslim,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas persetujuan sebulat suara Alumni Al-Azhar untuk menubuhkan jawatankuasa menyatukan pemimpin UMNO serta Pas yang bakal dianggotai oleh tokoh-tokoh yang bebas daripada mana-mana parti politik ketika Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia, semalam.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman berkata, melalui perpaduan yang terjalin, mereka dapat memulakan usaha untuk memajukan umat Islam dalam semua sudut.
Katanya, perpaduan akan memberikan satu kekuatan kepada umat Islam dalam menyampaikan dakwah dan menarik orang bukan Islam untuk sama-sama mempelajari dan menghayati agama itu.( utusan online).posted bya abnmulya...haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 1610 hrs on Disember 20,2015.