Thursday, December 24, 2015

Zaman Ahmad Fuad Dan Zaman Asri Muda...Adalah Zaman Lampau..Dah Lama Dah Berlalu..

IKLIM POLITIK SEMASA PUN DAH BANYAK BERUBAH-UBAH WAHAI USTAZ .IDRIS AHMAD

Datuk Seri Tun Razak, Presiden Umno menghulurkan salam Sillaturrahim  kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang,Presiden PAS dalam majlis anjuran Alumni Azhar baru-bartu ini, di sebuah hotel terkemuka, di Jalan Pahang,Kuala Lumpur.Semuga salam silaturrahim yang berlaku di majlis itu akan benar-benar wujud perpaduan politik antara Umno dan PAS. Marilah sama-sama kita berdoa.




Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis,Disember 24,2015 @8,45pm.

Ketika nak bercakap? Selaku umat Islam? Kita telah diajar oleh agama kita agar jangan bercakap mengikuti hawa nafsu.Hendaklah dengan lemah lembut? Ketika bercakap tentang politik hendaklah kita dilihat bercakap semacam orang-orang yang Arifbillah.

Janganlah bercakap-cakap merapu-rapu tanpa pandang-pandang kiri,pandang kanan, pandang atas dan panang di bawah.? Kerana pulut itu santan binasa? Kerana mulut itu maka badan pula akan binasa?

Seelok-eloknya ketika berckap itu?Jangan jadi semacam orang-orang yang dah ketingalan zaman dan telah ketinggal kenderaan di zaman LRT ini dan sebagainya. Cara itu dah tak laku lagi di zaman ini?

Ustaz Idris Ahmad harus banyak belajar agar banyak berdiplomasi terutamanya ketika hendak membuat kenyataan politik di Media sosial dan sebagainya untuk bacaan umum.

Ustaz Idris Ahmad harus banyak  berhemah,harus bersopan santun dalam sebarang kenyataan,tidak boleh emosi ketika membuat kenyataan politik.Baik ditujukan kepada anggota Pas itu sendiri atau pun kepada musuh-musuh politik parti PAS. Kita dituntu agar hormat  menghormati antara sesama insan.
Datuk Dr.Haron Din,Mursyidul Am PAS.

Kerana bersopan santun itu memang firman  Allah SWT dan ajaran sunnah Nabi kita Mohamad SAW.

Penulis rasa,ustaz Idris Ahamad sangat faham dengan perintah Tuhan dan ajaran sunnah Nabi kita SAW. Tak perlu di ajar lagi? Tetapi perlu ditegur jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan?.

Pada hemat penulis.komen politik oleh Ustaz Idris Ahmad terhadap cakap-cakap perpaduan umah, antara Umno dan Pas harus bersatu setelah DAP ketepikan PAS dari Pakatan Rakyat sebelum muktamar PAS pada bulan Jun 2015 itu?

Kena pada masanya dan memang sesuai dikatakan sekarang ini dan segla pendapat dan ulasa ahli-ahli fikir negara Malaysia ini harus diteliti dan dibincangkan secara senyap-senyap oleh para pemimpin tertinggi PAS hari ini juga demi survival parti PAS dan kehormatannya?

Dari segi politiknya? Bahawa cakap-cakap oleh banyak pihak yang mana turut mengalu-alukan perpaduan umah yang telah dihulurkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak kepada parti PAS itu? Adalah sangat baik dan kena pada masanya kerana isu itu merupakn perintah dari Allah SWT.

Dari segi kesan politiknya? Langsung tak melibatkan sebarang kesan pun kepada perjuangan PAS pada hari ini?. Pengamat politik tanah air dari golongan cerdik pandai,iaitu,oleh beberapa orang Professor dari beberapa universiti tempatan,di dalam beberapa tulisan mereka  di media arus perdana didapati sangat positif sifat dan maksudnya.?

Rata-rata didapati bahawa mereka itu sangat teruja sebaik sahaja menyaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak Presiden parti Umno merangkap sebagai Perdana Menteri Malaysia secara terbuka telah menghulurkan tangan " tali silaturrahim" pada PAS?

Boleh dikatakan bahawa mereka sekadar nak menyatakan pandangan mereka yang tulus ikhlas berhubung dengan isu tersebut disamping turut sama rasa teruja dan bergembira ria, jika dapat melihat akan wujudnya perpaduan "tali silaturrahjim" akibat lontaran politik oleh Datuk Seri Najib Tun Razak itu.Tak lebih dari itu?.Jangan disalakah tafsirkan?

Maka terpulanglah kepada "budi bicara" para pemimpin parti PAS yang mengolahnya dan kemudian mengambil keputusan yang muktamad.

Setelah PAS bercerai dengan DAP? Setakat ini? Boleh dikatakan kesannya masih tidak dapat dilihat secara  ketara kerana PRU ke-14 masih belum berlangsung lagi.Semua parti politik tanah air kini sedang berada di dalam delima yang berupa tanda tanya?

Masih bolehkan PKR/DAP/AMANAH mendapat kemenangan semacam kemenangan pada PRU ke-12 dan PRU ke-13 dulu itu akibat perpecahan di dalam gabungan Pakatan Rakyat itu sendiri? Dan apa pula  nasib yang akan menimpa ke atas parti PAS setelah tidak berada lagi di dalam gabungan itu?

Hanya setelah PRU ke-14 itu selesai pada tahun 2018 itu nanti? Benarkah parti PAS itu didapati masih gagah dan hebat kerana dasarnya yang unik itu seperti di dakwa oleh Ustaz Idris Ahmad?

Persoalan itulah yang perlu  dan harus segera PAS buat post mortem dan buat kajian sedalam-dalamnya sebelum tiba PRU ke-14 pada tahun 2018 itu nanti? Adalah lebih afdal berbanding dengan jadi marah-amarah tak tentu fasal.

Justeru itu,adalah tidak wajar Uastaz Idirs Ahmad,sebagai,Naib Presiden Pas itu,dilihat tergopoh-gopoh membuat komen politiknya secara tidak wajar,melalui portal media sosial Malaysiakini,pada tanggal 22/12/2015 pada jam 11.47am,dengan lontaran kata-kata dan bahasa yang boleh dikategorikan sedikit kasar dan dilihat langsung tidak berdiplomasi sekali.Dalam politik diplomasi itu sangat penting.

Sikap kasar itu? Boleh ditakrifkan sebagai sikapa sombong dan sikap riak yang telah dipamirkan dan dilontarkan oleh Naib Presiden PAS,Ustaz Idris Ahmad.di portal Malaysiakini,pada tarikh seperti tersebut di atas.

Ustaz Idris Ahmad,Naib Presiden
parti PAS.
Akibat dari komen itu? Suka atau tidak disukai oleh  Ustaz Idris Ahmad? Jelas ia, secara otomatik boleh melukai hati nurani banyak pihak  yang cintakan wujudnya perpaduan antara Umno dan Pas.Sekaligus oleh para pengikut  PAS dan juga anggota Umno.

Terutamanya oleh pengundi-pengundi di atas pagar yang memang dah lama dah.. mahu melihat parti PAS dan Umno,parti politik yang sebangsa dan seagama itu segera bersatu padu dalam satu barisan yang padu demi tunjang perpaduan umah.

Kisah-kisah lama harus dilupakan? Yang penting bagaimana satu maufakat yang bersifat hollystik harus diwujudkan agar segera jadi satu kenyataan politik yang hakiki sifatnya.

Denagan itu,bolehlah Umno/PAS jadikan perpaduan itu sebagai satu senjata yang unik lagi ampuh untuk menggempur roboh kubu-kubu pertahanan gabungan "Pakatan Harapan Baru",setelah hancur musnah Pakatan Rakyat..

Iaitu,setelah PAS tidak di ingini lagi oleh DAP berada di dalam gabungan Pakatan Rakyat iaitu, sebelum tertubuhnya (Pakatan Harapan Baru)..".

Parti "Amanah" pimpinan Mat Sabu dan beberapa orang tokoh-tokoh serpihan dari PAS itu.dilihat begitu berazam nak mengembangkan pengaruh politiknya semacam nak mengambil peranan yang kuat untuk menggantikan kedudukan PAS terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dimenangi oleh PAS pada RU ke-13 pada tahun 2013 dulu itu..

Dulu parti-parti politik Melayu hanya berpecah tiga. Kini dan berpecah jadi empat pula.Sedangkan parti kaum lain tetap bersatu jika tidak pada lahirnya.Pada batinnya tetap terus berfungsi.

Untuk terus mengatakan bahawa parti "Amanah" itu? Kononnya tidak akan mengganggu-gugat pengaruh parti PAS? Adalah terlalu awal dan kepastiannya pun  masih kabur? Yang Maha Mengetahui hanya Allah SWT sahaja.Kita hambaNya yang lemah ini langsung tak mampu?

Kita hanya mampu meramal begitu dan begini aje secara syok sendiri? Ketentuannya berada di tangan Allah SWT. yang Maha Berkuasa.

Sebagai contohnya,sebelum keputusan PRU ke-12 dulu? Kebanyakan para pemimpin Umno/BN ITU sendiri tidak menyankan bahawa parti-parti pembangkang pimpinan Anwar Ibrahim berjaya merampas 5 negir dari tangan kekuasaaan parti Umno/BN?

Justeru itu para pemimpin Pas di semua lapisan harus membuat penilaian dari sekarang juga,disamping menyediakan kekuatan yang siap siaga dalam perjalanan sebelum tiba di hari pengundian pada PRU ke-14 pada tahun 2018 itu..
Usataz Tuan Ibrahim Taun Man pun,Timbalan  Presiden
 PAS dilihat sering juga membuat komen-komen politik
yang merapu-rapu berhubung dengan isu "Tali 

Silaturrahim" dari Umno terhadap PAS. 
di media sosial pro- pembangkang.
Sikap ini sangat didukacitakan.

Ustaz Idris Ahmad harus sedar bahawa di zaman kepimpinan Ahmad Fuad dan Datuk Asri Muda itu telah berlalu lama dah..

Tak boleh diguna pakai lagi di zaman Internet ini,di mana percaturan politiknya sangat cepat berubah-ubah .Landskap politik Malaysia pun dah jauh berubah dari masak ke masa.

Apatah lagi dengan adanya media baru seperti portal-portal media sosial yang tumbuhnya macam cendawan di musim hujan yang mana telah memainkan peranannya yang sangat drastik dalam  usaha mereka memecah belahkan parti-parti politik  Melayu khasnya yang ada di Malaysia ini.?

Sekaligus bahawa pengundi-pengundi pun sangat susah hendak diramalkan cundung ke mana arah pilihannya? Terutama pengundi-pengundi generasi "Y"ini? Jika Ustaz Idris Ahmad dilihat masih lagi berfikir dan berpolitik dengan cara lamanya itu iaitu tak mahu menerima kritik dan mendengar pandangan oleh Professor yang bijaksama?

Ertinya? Beliau telah melakukan kesilapan besar. Beliau akan sering di tertawakan oleh angkatan pertengahan dan juga orang-orang muda generasi "Y" dan sekaligus media sosial yang sangat produktif itu akan terus menghentamnya?

Justeru itu janganlah asyik dan terus berpolitik di masa ini, dengan cara masa yang lampau? lKerana cara anda itu dilihat semacam dah ketinggalan kenderaan zaman LRT dan sebagainya?

Jika PAS mahu berkerjasama dengan Umno? Sangat baik dan dialu-alukan demi perpaduan umat Islam  di Malaysia ini yang menjadi tunjang kekuatan umat Islam di Malaysia ini. Tepuklah dada dan tanyalah selera?

Jika PAS tak sudi? Tak apa.Tetapi janganlah berkasar bahasa dan takbur pula dan dilihat begitu TEGA mengatakan:

"Jika ada individu-individu dari parti PAS yang terlalu inginkan Umno? Individu-individu itu boleh pergilah," Kata Ustaz Idris Ahmad,Naib Presiden PAS.... 

Dengan berkata demikian? Tidakkah Ustaz Idris Ahmad itu sedar? Tanpa individu -individu itu yang keluar mengundi PAS? Bolehkah Idris Ahmad menang dan merasai jadi Ahli  Parlimen di negeri Perak itu?

Dulu ketika bergabung dengan DAP? Di lihat parti PAS tak banyak songel? KiNI,Bila dihulurkan tangan"tali silaturrahim"agar bersatu dengan Umno? Parti sebangsa dan seagama? Didapati banyak pula songelannya dan cakapnya dari parti PAS.

Diliaht sikapnya semacam riak dan takbur pula?  Tidakkah Ustaz Idris Ahmad itu sedar? Bahawa sesungguhnya Allah SWT melarang hamba-hambaNya yang beragama Islam? Agar jangan mudah marah-marah dan jangan sekali cuba bercakap riak dan takbur?

Kerana sifat mudah marah-marah itu dan bercakap yang berunsur riak dan takbur itu? Adalah merupakan godaan syaitan terhadap keimanan kita?

Penulis sangat kagum dengan sikap Datuk Dr,Haron Din,Mursyidul Am PAS. Beliau di dapati jarang sekali membuat kenyataan politik yang bersifat merapau-rapu,di dala media arus perdana dan juga media sosial.

Tetapi sesekali-sekali beliau membuat kenyataan politiknya di media masa? Isi kenyataan politiknya itu sangat tegas dan berbisa? Lantas menarik perhatian kawan dan lawannya?( Posted by abnmulya ...haji abu bakar ninggal blogspot.com at 2024 hrs on Disember 24,2015).

No comments: