Saturday, April 15, 2017

DUA TOKOH POLITIK SEBAGAI TETAMU (VIP) DI MAJLIS SILATURRAHIM ANJURAN BADAN NGO AYAHANDA DI GOMBAK UTARA.



Oleh Hj.Abu Bakar Ninggal
Sunday, April 15,2017 @ 3.18 am.

Datuk Seri Abd Raof bin Yusof, Setiausaha Kerja Umno Malaysia telah dijemput hadir ke Majlis Malam Silaturrahim anjuran Badan Gabungan Ngo Gabungan Ayahanda-Ayahanda Gombak Utara yang telah berlangsung pada malam semalam,pada tanggal 14/04/2017 di halaman rumah Sdr Lan Lemang,di Batu 10,di Gombak Utara,Selangor.


Datuk Seri Abd Raof Yusof
Menurut Datuk Seri Abd  Raof Yusof walau pun beliau pada malam tersebut ada beberapa agenda pertemuan di Alor Gajah,Melaka,di kampong halamannya sendiri. Terpakasa dibatalkan dan ditnda ke suatu masa yang lain kerana sangat berminat untuk menyaksiak Majlis Silaturrahim anjuran oleh Ayahanda Lan Lemang di Gombak Utara,Batu 10 itu.

Turut juga hadir sebagai tetamu VIP ialah Senator Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin merangkap sebagai Timbalan Ketua Umno Bahagian Gombak dan juga dihadiri oleh Pengerusi-pengerusi dan juga setiausaha-setiausaha serta penyokong -penyokong Paduka-paduka Ayahanda-ayahanda dari badan Ngo-Ngo lain di Selangor ini.

Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin ini, kini begitu rancak disebut-sebut oleh penyokong-penyokong Umno Bahagian Gombak, sebagai bakal calon (Ahli Parlimen) atau calon di salah satu dari tiga Kawasan( Adun) di dalam parlimen Gombak , pada PRU ke-14 yang akan datang?

Senator Datuk Megat Zulkarnain ini, adalah anak kelahiran Gombak jati dan kini beliau adalah sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gombak.
(Kiri).Datuk Seri Abd Raof .(kanan).Senator
Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin

Dari segi populariti? Senator ini lebih popular berbanding dari Ketua Umno Bahagian Gombak itu sendiri. Jika beliau terpilih sebagai calon Parlimen Gmbak ataupun  sebagai salah seorang calon ADUN i dalam Parlimen Gombak ? Ia merupakan  the wright man on the wright place.

Disebabkan berdebat  dan berbicara dala isu-isu politik dalam banyak isu-isu politik semasa dan boleh memberi penerangan pada rakyat dalam banyak isu-isu politik semasa beliau dilihat berkemampuan. Ketika Dewan Senat mengadakan persidangannya pun?

Sebagai  salah seorang Senator? Maka Seantor  Datuk Megat Zulkanain ini didapti sering tidak ketiggalan berhujah dengan persediaan hujah-hujahnya yang matang di dalam Dewan Senate .

Pihak TV Malaysia pun sering memberi liputan padanya akibat ketokohan beliau sebagai ahli politik muda yang daha matang dan menonjol.

Kemudian telah mendapat perhatian serta puji-pujian dari beberapa kalangan menteri-menteri  dalam kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak itu sendiri.
Diantara bonda-bonda dan Kak Long  dari
kaum hawa yang menyertai perjuangan Ngo2
Ayahanada 2 di Gombak Utara, Selangor.

Disamping itu perwatakannya di arena politik Gombak khasana cukup humble,mudah mesra dan cepat berkawan hatta walaupun dengan kawan-kawan yang baru ditemuinya. Beliau sering mangamalkan sikap bahawa budi bahasa itu tidak boleh dijual beli. Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.

Dalam dunia politik di dunia ini? Sikap luaran yang diamalkan oleh Senator muda ini? Asalah jadi faktor utama berjyaanya sesaorang itu mendaki ke puncak kegemilangan dalam politik.

Tak hairanlah mungkin jadi salah satu faktor politik yang penting kenapa jawatan senator yang di wakili bagi pihak Umno dan atas nama rakyat Gombak itu telah disambung sehingga ke penggal yang selanjutnya.

Datuk Senator ini kebelakangan ini dilihat begitu aktif dan begitu sibuk menghadirkan dirinya dalam apa2 sahaja bentuk aktiviti2 masyarakt yang dianjurkan oleh cawangan2 Umno Gombak,mahu pun aktiviti2 anjuran badan2 kebajikan masyarakat di Gombak secara aktif.
Sebahagian daripada para tetamu kebanykannya
dari para penyokong Ngo-Ngo Ayahanada2yang
hadir pada malam tersebut.

Mutakhir ini saya dapati Senator Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin ini begitu gemar mendekatkan dirinya dengan pengundi-pengundi  di akar umbi Umno dan juga dengan penyokong-penyokong tegar Umno yang berada di atas pagar selama ini.
Majlis silaturrahim anjuran Gabungan Ayahanda2 ini , adalah atas daya usha Ayanda Lan Lemang sebagai Naib Pengerusinya telah mendapat sambutan yang luar biasa dari keluarga Ngo Ayahanda-ayahanda di sekitar Gombak Utara itu sendiri dan sekaligus dari golongan ayahanda di Selangor pada malam tersebut.
Sebanyak 9 buah khemah besar telah didirikan dihalaman rumah Ayahanda Lan Lemang itu. Semua khemah2 itu telah penuh sesak dibanjiri oleh para tetamu umumnya adalah penyokong2 dari badan -badan Ngo Ayahanda itu.

Ditaksirkan lebih kurang 1100 orang tetamu telah datang membanjiri ke halaman rumah Ayahanda Lan Lemang pada malam itu mengikut dari  buku daftar kedatangan yang telah disediakan di mana para tetamu harus menanda tangan di buku tersebut
Datuk Seri Raof Yusof  , Setia Usaha Kerja Umno Pusat dan Senator Datuk Megat Zulkarnain ,sebagai Timbalan Ketua Bahagian Umno Gombak, dilihat ternyata begitu teruja dengan sambutan yang meriah itu walauun di dalam keadaan hujan renyai pada malam tersebut.

Jamuan makan malam dan kuih muih pon
turut disedikanan pada malam itu.
Bila tiba masanya mereka memberi ucapan yang merupakan pesanan dan nasihat politik penting pada bangsa Melayu pada malam itu di Gombak Utara?
Datuk Seri Raof dan Senator itu telah memberi ucapan yang berapi2 untuk menaikan semangat ke Melayuan pada hadirin yang ramai pada malam tersebut.

Datuk Raof Yusof S/U/Kerja Umno Pusat telah memberi pesanan yang berharga pada malam itu agar orang-orang Melayu sebelum beliau merasmikan majlis itu.

JANGAN MALU JADI ORANG MELAYU
Seterusnya beliau menyambung lagi bahawa," Kita,
orang-orang Melayu bukanlah Melayu pendatang dan merempat di Malaysia ini. Kita adalah anak jati Melayu di Malaysia ini.

"Kita orang-orang Melayu adalah sebagai tetuan negara yang bernama (Persekutuan Tanah Melayu ) ini.Tetuan sejak penjajah Portugis,Belanda dan Inggeris belum lagi datang menakluki dan menjajah kerajaan yang agong yang bernama Empire Melayu Melaka .
Kaum-kaum hawa berasama suaminya turut
 join menjadi ahli-ahli badan Ngo-Ngo
ayahanda2 di Selangor
"Dari namanya sebagai Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.Kini dah ditukar dengan nama Malaysia pula.Pertukaran ini bermula ketika Sabah,Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia.

"Tetuan Malaysia ini tulang belakangnya adalah bangsa Melayu dan Raja2 Melayu kita. Dan Raja2 Melayu  itu pula yang memilih seorang yang Di Pertuan Agong dan Timbalanya". ujuar beliua mengakhiri ucapannya yang merupakan pesana hikmat itu.

Sementara Senator Datuk Megat  Zulkarnain Tan Sri Omardin pula di dalam ucapannya di majlis tersebut.
Beliau telah menyatakan rasa kesalnya berhubung dengan sikap 'useless'segelintir orang Melayu dalam parti-parti pembangkng dalam isu Akta Pindaan RUU355 yang sedang dibentangkan di Parlimen untuk diluluskan.

"Tetapi malangnya telah mendapat tentangan dari segelintir orang-orang Melayu yang telah luntur jati diri mereka sebagai bangsa Melayu demi tujuan untuk mendapatkn kuasa politik dan kebendaan duniawi. 

"Ada diantara member  of  parlimen ( MP) Melayu dari parti-parti pembangkang  itu didapati senada suaranya dengan suara tokoh tertinggi parti DAP yang mana kini sedang kerja kuat menentang agar pindaan Akta RUU355 itu tidak berjaya diluluskan oleh Parlimen," ujarnya. 

Datuk Seri Raof Yusof sedang  bericra
dengan tetamu di Majlis  tersebut.
Menurutnya, sikap ini sangat didukacitakan. Disebabkan orang-orang Islam itu sendiri didapati secara aktif menentang  syariat Islam untuk  di mertabat hukum-hukum agama di Malaysia ini.

Bagi agama lain yang bukan Islam pula? Telah pun ditegaskan banyak kali,bahawa Pindaan RUU355 itu? Langsung tidak ada kena mengena dengan kaum lain yang beragama lain dari Islam di Malaysia ini.

Beliau seterus berkata,bahaw pindaan itu dibuat semata-mata untuk memperkasakan lagi undang-undang Syariat Islam khasnya untuk penganut agama Islam sahaja.

Menurut senator itu,mereka yang bukan Islam itu kita dapati bukan tidak faham apa maksud sebenar kenapa Akta RUU355 itu mahu dipinda?

Mereka sengaja menentang semata-mata kerana faedah politik mereka yang songsang. Sebenarnya mereka tidak mahu agama Islam ini jadi kuat dan berkembang.Kerana apa? 

Kerana akan membantutkan pengembangan agama Kristian yang mereka anuti itu akan menghadapi berbagai-bagai masalah dalam usaha-usaha mereka untuk mengembankan agama Kristian.  

LKS dari DAP pun sering berkata di media sosial. Selagi mana orang-orang Melayu kuat berpegangan dengan akidah agama Islam? 

Maka sangat susah bagi mereka untuk menjadikan Malaysia Malaysian yang menjadi dasar politik utama kenapa DAP ditubuhkan di Malaysia ini untuk perjuangakan dasar politik PAP Singapura yang mana telah melahirkan parti DAP di Malaysia ini, sebaik sahaja Singapura di terndang keluar dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

ACARA-ACARA LAIN

Disamping itu ditunjukkan juga acara pencak silat oleh anak2 muda dari kumpulan-Ngo Ayahanda-ayahansa itu sendiri kira-kira selama 20 minit.

Sementara itu sebanyak RM700.00 telah didermakan kepada anak2 yatim di daerah Gombak Utara itu sendiri.  Wang Hasil dari pungutan wang derma dari anggota-anggota badan Ngo-ngo Ayahanda2 di Gombak Utara dan juga di Selangor ecara bidan terjun

Majlis itu selesai kira2-kira jam 11.45 malam dengan penuh kepuasan oleh pihak penganjur majlis akibat penat lelah mereka untuk mengadakan majlis tersebut telah dapat sambutan yang meriah.

Posted by abmulya // haji abu bakar ninggal blogspot.com.at 3.18 am on April 15,2017.

No comments: