Sunday, October 8, 2017

Kerjasama Dr.Mahathir,Kit Siang " luar biasa

Mahathir Mohamad duduk semeja dengan Lim Kit Siang semasa menghadiri Konvensyen Parti Amanah Negara di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor, tahun lalu 
OLEH :ZAAIN AIN
09 hb.OOktober 201`7@ 3.00


BACHOK 8 Okt. - Tindak-tanduk bekas Per­dana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang kini mesra dan saling menyokong sejak kebelakangan ini boleh disifatkan sebagai terlalu ‘luar biasa’ serta boleh diragui.

ANWAR MUSA
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, antara yang paling ketara Dr. Mahathir sanggup menjilat ludah sendiri apabila mempertahankan DAP dengan mengeluarkan kenyataan parti itu bukan chauvinis Cina.

Dalam masa sama kata beliau, Kit Siang pula membuat pusing­an U enggan memberi kerjasama terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung skandal tukaran wang asing (Forex) walaupun beliau individu yang pa­ling lantang mendesak RCI diwujudkan.

“Selama ini Kit Siang gelar Dr. Mahathir ‘diktator’ dan beliau sendiri dikenali sebagai seorang pemimpin yang ultra Melayu. Sementara itu Dr. Mahathir pula tuduh Kit Siang rasis dan anti Islam. Kedua-duanya berubah sikap 360 darjah.

“Persoalan yang timbul sekarang, bagaimana boleh ada kerjasama politik sebegitu intim. Mereka saling mempertahankan satu sama lain padahal sebelum ini mereka seteru. Adakah memang ada satu perkara besar dan luar biasa sedang berlaku?” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis santai bersama kira-kira 50 pengamal media yang bernaung di bawah Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Vila Danialla, di sini malam tadi.

Pengendali blog, Raja Petra Kamarudin menerusi portal Malaysia Today baru-baru ini mendakwa Dr. Mahathir membuat perjanjian dan menyogok Kit Siang sebanyak RM1 bilion bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Raja Petra mendakwa, antara sebahagian daripada perjanjian itu adalah Kit Siang tidak akan ‘mendedahkan apa-apa’ berhu­bung skandal Forex selain memberi laluan mudah kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mengulas lanjut, Annuar ber­kata, dakwaan berkenaan perkara serius dan jika itu adalah fitnah, kedua-dua pemimpin berkenaan perlu membersihkan nama mereka termasuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menyiasatnya.

“Kit Siang tidak perlu ugut ingin menyaman media yang menyiarkan berita ini. Selama ini dia juga yang bercakap tentang kebebasan media,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, ura-ura DAP bakal bertanding di Kelantan wajar membuka mata Pas dan UMNO mengenai pengaruh parti politik itu yang semakin menular di ne­geri ini.

“Mereka nampaknya serius ingin bertanding di Kelantan dan jika itu berlaku, ini bermakna DAP mulai yakin bahawa mereka sebenarnya sudah berjaya pecah belahkan undi orang Melayu di Kelantan,” katanya.( Utusanonline).Posted by abnmula // haji abu baar ningal.blogspot.com at 6.52am on Oktober 09,2017

No comments: