Tuesday, May 31, 2016

Kerajaan Barisan Nasional : Di Bawah Pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak Tidak Banggang dan TidakTolol.






Haji abu bakar ninggal
Rabu,June 01,2016  @ 1.24pm.

SEBAIK SAHAJA pihak Barisan Nasional telah mengumumkan bahawa BALU Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, seorang peguam, Datin Mastura Abdul Aziz telah dipilih sebagai calon (BN) Parlimen P.067 Kuala Kangsar.,Perak.


Maka riuh rendah-lah tokoh-tokoh politik pembangkang dari juga dari golongan BN itu sendiri berebut-rebut membuat komen politik atas keputusan (BN) Pusat itu.

Di kalangan dari BN yang membuat kritik dan songelan itu adalah di antara orang-orang yang bernada kecewa kerana mereka tidak dipilih dan kenapa Datin Mastura di pilih bukan orang tempatan dipilih?.

Kemudian keluar pula satu kenyataan dari Timbalan Perdana Menteri dari Jepun yang ketika itu berada di Jepun yang ada mengatakan bahawa disebabkan Datin Mastura itu masih di dalam edah atas kematian suaminya.

Disebakan patuh dengan hukum-hakam agama Islam bahawa di HARI penaman calon pun Datin Mastura tidak akan hadir di hari tersebut di Dewan Penamaan calon.

Memadai hanya wakil calaon yang jadi sebagai (pencadang) atau oleh orang lain yang dibenarkan undanag2 SPR akan mewakili Datin Mastura.

Bukan setakat itu sahaja? Maka ketika kempen PRK sedang berjalan itu pun? Datin Mastura tidak akan keluar menemui para pengundinya kerana terikat dengan hukum-hakam agama Islam bersabit dengan (EDAH-NYA) yang belum tamat masanya.

Dalam hubungan ini? Majlis i Petua Kebangsaan Malaysia telah di bawa berunding dan bersetuju dan telah pun mengesahkan.

 Akibat dari keputusan itu?Maka berbagai-bagai pihak terutama nya dari tokoh-tokoh politik pihak pembangkang yang bertaraf ahli-ahli politik (kelas kangkong) riuh rndah berhujah bahawa jika di hari penamaan calon itu?

Seseorang calon itu sendir jika tidak hadir di hari pencalonan di tempat pencalonan itu di adakan < Maka kononnya pencalonan Datin Mastura itu kononnya tidak sah dan batal mengikut hujah-hujah tokoh-tokoh politik pembangkang berkelas kangkong itu.

Kenapa penulis katakan mereka dari pihak pembangkang yang mengatakan pencalona itu kononnya tikdak sah?


YB bUdiman bin Mohd Zohdi,calon  P.093 di Parlimen
Sungai Besar ,Selangor Darul Ehsan.
Mereka itu sebagai tokoh-tokoh politik bertaraf kelas kangkong. Sebelum memberi sebarang hujah-hujah politik itu?

Mereka dilihat agaknya tidak pernah mahu mendapatkan nasihat-nasihat dari pakar undang-undang mereka itu terlebih dahulu dan mungkin malas membaca undang-undang yang ada di dalam perlembagaan Malaysia atau pun syarat-syarata Surhan Jaya Pilihan Raya ( SPR) berserta dengan ceraian-cerian-nya?

Maka mereka berhujah membuta tuli dan langsung tidak berdasarkan sebarang "fakta" undang-undang ?

 Mereka  hentam cara semberono mengikut apa sahaja yang mereka suka sebutkan?

 Akibat dari songelan tolol dari tokoh- tokoh politik kelas kangkanong itu sendiri yang jahil? Siapa yang mendapat malu?

Dua hari yang lepas Pengerusi SPR telah pun memberi hurainya yang detail tentang syarat2 yang terkandong di dalam undang2 SPR dan berserta dengan cerainya sekali berhubungan dengan status Datin Mastura Dato Mohd Yazid yang tidak akan hadir  di pejabat  SPR di hari penamaan calon itu akibat EDAHNYA sebagai BALU masih belum tamat tempohnya tidak ada masalah dan tidak melanggar syarat-syarat SPR.

Pihak parti-parti pembangkang ini jangan fikir bnahawa  Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Naib Tun Razak ini banggang dan tolol macam depa semua?

Mengambil keputusan berhubung dengan isu-isu yang berat dan serius dengan cara semborono aje? 

Cara semborono aje tanpa mendapat nasihat-nasihat  terlebih  dahulu dari pakar undang -undang kerajaan yang ada di sekeliling Datuk Seri Najib Razak itu sendiri yang mana mereka itu adalah sangat  arif bijaksana. di dalam bidang masing-masing.

Arif dan bijaksana di dalam sesuatu isu politik atau dari segi undanga-undang yang berangkut paut dengan implikasi undang-undang itu sendiri?     ( Posteed by abnmulya //haji abu bakar ninggal. blogspot.com at 1324 hrs on June 01,2016)

(PRK) Parlimen Kuala Kangsar: Datin Mastura Lebih Pentingkan Hukum Islam Dari pplitik


Ekoran dari calon pilihan BN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di P067 Parlimen Kuala Kangsar yang berstatus seorang balu yang masih dalam edah, maka kita mula terdengar suara-suara sumbang yang lebih mirip sebagai ‘oppotunis’ yang tidak puas hati.

Ada yang kata ‘pelik’, malah ada yang memaki hamun Datin Mastura Yazid sebagai tidak layak dan ‘gedik gilakan jawatan’. Menariknya, ia tidak datang dari puak pembangkang. Kata-kata negatif itu timbul dari beberapa pihak yang mengaku ‘pejuang sejati UMNO’…
Seperti yang kita maklum, Mastura awal-awal lagi mengumumkan diri tidak akan keluar berkempen seperti calon lain. Beliau sedar, dirinya kini dalam tempoh edah yang telah ditetapkan ajaran Islam.
Itu maksudnya, Mastura merupakan seorang muslimah yang baik kerana lebih patuh pada hukum ha
kam yang ditetapkan Islam berbanding taksub kepada kepentingan politik.

Mungkin beliau sedar bahawa kemenangan atau kekalahan itu ditentukan Allah. Beliau tahu bahawa redha Allah itu lebih penting berbanding melanggar ketetapan hukum hakam Islam hanya semata-mata bermotifkan politik.
Pada pandangan penulis, sifat berkualiti seperti ini agak jarang kita lihat di kalangan ahli politik di zaman ini. Ramai juga kita melihat ahli politik wanita yang mengamalkan ‘matlamat menghalalkan cara’, sehingga melupakan kekangan yang ditetapkan Islam bagi mereka.
Namun begitu, mengapa pihak-pihak itu mengutuk Mastura dengan tuduhan yang sebegitu rupa? ‘Gedik gilakan jawatan’ yang ditinggalkan arwah suaminya, Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad? Benarkah dakwaan tersebut?
Pada pandangan penulis, tuduhan seperti itu selalunya dikeluarkan oleh mereka yang sakit hati tidak terpilih untuk menjadi calon BN. Maka tidak hairanlah jika tiba-tiba saja ada yang mengumumkan diri mahu turut bertanding di P067 Parlimen Kuala Kangsar.
Kadang kala, mereka tidak katakan ‘saya mahu BN pilih saya jadi calon’. Kenyataan seperti itu tidak akan terbit dari mulut mereka. Tapi tindakan mereka selepas nama calon BN diumumkan akan menceritakan niat, motif dan siapa mereka yang sebenarnya, bukan?
Tidak mengapalah. Kita serahkan saja pada Allah. Kita hanya mampu berusaha, berkempen dan membantu mengekalkan kerusi BN di Kuala Kangsar. Jika Allah redha dengan Mastura, insha Allah, akan Allah lorongkan jalan pada para pengundi berdaftar di Kuala Kangsar untuk terus memilih BN sebagai wadah perjuangan mereka (Dipetik dari Mykmu.Net0 .Posted by abnmulya  //haji abu bakar ninggal.blogspot.com.at 10.56 am on  01,June,2016.…

Monday, May 30, 2016

Pendakwa Agama Islam Yang Aktif RidhuanTee Abdullah Keluar Dari Parti MCA

Ustaz Redhuan Tee Abdullah pendakwah
 bebas yang sering muncul di TV1 pada
progrem,forum Perdana.
Kuala Lumpur :Isnin,Mei 30,2016

SYABAS RIDHUAN TEE ABDULLAH KERANA TELAH KELUAR DARI PARTI (MCA) SEBAGAI (TANDA PROTES) PADA PARTI ITU KERANA JADI PENENTANG BERTERUSAN PARTI MCA TERHADAP HUDUD.

HARUS DIINGAT BAHAWA DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ITU SENDIRI ADA MENYEBUTKAN BAHAWA AGAMA RASMI MALAYSIA ADALAH AGAMA ISLAM. . 

TETAPI PENGANUT2 AGAMA LAIN ADALAH BEBAS MENJALKAN AMALAN AGAMA MASING2 DI DALAM MALAYSIA INI TANPA DIGANGGU GUGAT OLEH PENGANUT AGAMA ISLAM.

JUSTERU.KENAPA PARTI (MCA DAN (GERAKAN) MENETANG HUDUD HENDAK DI LAKSANAKAN OLEH PENGANUT AGAMA ISLAM DI MALAYSIA INI?

INI BERERTI (MCA/GERAKA) DAN PARTI2 CINA DAN PARTI LAIN YANG BUKAN PARTI ISLAM?

TELAH MENENTANG HAK ORANG ISLAM YANG ADA TERCATIT DI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA ITU SENDIRI

TINDAKAN INI ADALAH MELAMPAU BATAS PERLEMBAGAAN MALAYSIA ITU SENDIRI

Sunday, May 29, 2016

Pada ( PRK) P093 Parlimen Sungsi Besar selangor.Barisan Nasional Dijadikan Pilihan Utama Rakyatnya

ADUN Sungai Panjanag ,YB Budiman bin Mohd  Zuhdi,calon Barisan Nasional P.093 Parlimen Sungai Bear,Selangor Darul .Ehsan pada PRK pada 18/06/2016 ini.



Oleh haji abu bakar ninggal
Isnis Mei 30,2016 @ 8.31 am. 


Akibat kematian Ahli Parlimen Sungai Besar,Selangor, Allahyarhumah Datuk Noriah Kasnon , di dalam tragedi terhempasnya Helikopter yang di naikinya semasa turut berkempen dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Maka satu Pilhan Raya Kecil Parlimen kawasan Sungai Besar yang diwakili oleh arwah Datuk Noriah Kasnon terpaksa di adakan di Sungai Besar yang mana penamaan calonnya ialah pada 05 hb Jun 2016. Sementara hari mengundinya pukla jatuh pada tanggal 18 hb.Jine 2016.


Barisan Nasional telah memilih calon barunya ialah YB Budiman bin Mohd Zuhdi,28 tahu yang mana anak tempatan Sungai Besar yang kini sedang memegang jawatan ADUN Sungai Panjang yang termasuk di dalam kawasan Parlimen Sungai Besar itu sendiri.

Kepada para prngundi Parlimen P93 kawasan "Sungai Besar" yang majoritinya terdiri dari bangsa Melayu di seru oleh parti Umno-BN hendaklah mengundi calon Barisan Nasional,yang mana calonnya ialah YB Budiman Mohd Zuhdi, calon anak tempatan kelahiran Sungai Limau, Sungai Besar,Selangor,tanpa berbelah hati lagi.

YB Budiman Mohd Zuhdi adalah calon tempatan yang tepat sekali jadi piliha pucuk pimpinan Umno Pusat. Maka ia harus di anggap rakyat Dungai Besar merupakan satu pilihan yang tepat juga bagi takyat-rakyat di kawasan Parlimen Dungai Besar itu sendiri dan sokongan yang padu macam yang telah diberikan kepada  Datuk Noriah Kasnon dulu itu.
YB Budiman Mohd Zuhdi berkelulusan tinggi,punya Ijazah Sarjana Muda Sains UPM (2001) dan juga Sarjana muda Pengerusan Perniagan ( 1998),
Kini beliau adalah ADUN Sungai Panjanag, di kawasan Parlimen Sungai Besar itu sendiri yang telah dimenanginy pada PRU ke-13 pada tanggal  05 hb.Mei 2013.
Selaku seorang ADUN selama 3 tahun lebih itu? Sudah tentu lazimnya beliau dah punya pengalaman bekerja membantu rakyat2 yang mengundinya dulu itu.

Jadi, tidak lagi jadi masaalah bagi beliau mengurus dan menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat yang mengundi YB Budiman di kawasan parlimen "Sungai Besar" itu sendiri.

Justeru sangat bermanfaat jika para pengundi di Parlimen Sungai Besar itu mengambil keputusan yang muktamat dengan cara terus mengundi YB Budiman Mohd Zuhdi yang kini sedang pegang jawatan ADUN di Sungai Panjang dan sekaligus dipilih pula sebagai Ahli Parlimen di Sungai Besar".Sangat logik dan molek sekali.

Mengundi  YB Budiman Mohd Zuhdi sebagai Ahli Parlimen pula di parlimen Sungai Besar itu sendiri bedasarkan tokoh politik yang dah ada segedung ilmu dan pengalaman mentadbir dan pengalaman menguruskan hal-hal dan masalah yang menjadi kepentingan pada rakyat Sungai Besar itu sendiri?

Adalah merupakan satu2nya keputusan yang dilihat sangat utama dan satu keputusan yang bijaksana demi untuk membantu dan mengurus selia tentang isu-isu yang rakyat kawasan tersebut perlukan di kawasan P93 Sungai Besar itu sendiri menjadi senang dan cepat beresnya.

Tidak sudiukah rakyat Parlimen Sungai Besar, jadi rakyat  Sungai Besar arif dan bijaksana? Arif dan bijksana sebagai pengundi yang bijak demi kepentingan rakyat di kawasan yang mana rakyatnya menjadi penghuninya dan dah menetap pulohan tahun di dalam kawasan Parlimen Sungai Besar itu sendiri. ( Posted by abnmulya // haji abu bakar ninggal. blogspot. com.at 8.31 am on Mei30,2016).

Friday, May 27, 2016

ALAM DUNIA DAN KETAMADUN MANUSIA ITU SENDIRI.

.



Haji Abu Bakar Ninggal
Juma'at,Mei 27,2016 @7.44 pm.

SESUN GGUHNYA  ,kelahiran manusia ke dunia ini memulakan tugas dan tanggung jawab insan sebagai umat. Kehidupan itu wujud kerana Allah.TanpaNya tidak ada makna dunia ini diwujudkan./


Kehidupan yang seperti kita nikmati ini adalah kehendak Allah.Oleh yang demikian setiap insan itu diwajibkan bertaqwa kepada Allah. Hubungan manusia dengan Allah merupakan pelengkap untuk kehidupan yang akan datang.

Kehidupan di dunia tidak kekal dan suatu hari nanti asas biologinya akan  hancur. Namun hal itu bergantung  kepada bagaimana seseorang manusia itu menggunakan kehidupan ini dan kemudian menerima ganjaran hidup yang abadi atau hukuman

Keadaan hidup yang akan di alami ini alam akhirat. Kewajaran melakukan kehidupan yang baik menjauhi yag bueuk, jahat dan kotor akan diberi ganjaran yang besar.

Ada kehidupan yang terkutuk bagi mereka yang tidak menghikuti undang-undang dan mengambil mudah hidup ini,dengan menuruti kehendak naluri,biologi mereka,seperti makan minum, melakukan seks tanpa mengira hukuman dan undang-undang.

Al-Quran telah menyatakan hal ini : "Mereka yang menghadapkan mukanya kepada Allah dan melakukan perkara yang baik dengan ikhlas, maka Kamilah yang akan memberikan ganjaraan-nya mereka tidak merasa sedih atau sesal".


Seluruh tindakan manusia di alam ini akan diadili oleh Allah swt di akhirat nanti.Tanggung jawab yang wajib manusia lakukan  merupakan  {"huququllah" ( iaitu hak Allah,atau tanggung-jawab manusia kepada Allah).

Sembahyang ( solat) lima waktu sehari semalam ,berpuasa di dalam bulan ramadhan,zakat dan menunaikan fardhu haji jika mampu..

Perang sabil atau sebarang perjuangan yang dihadapi oleh manusia untuk menghadpai apa jua bentuk kesukaran ( seperti dalam peperangan dan keamanan) untuk mendapatkan kebebasan dan keselamatna kepada manusia..

Islam telah menetapkan bahawa manusia itu ialah hamba Allah. Bagi Allah, Tuhan yang Esa,tiada sesiapa yang setara denganNya,tiada sekutNya dan manusia merupakan hambaNya.mestilah mematuhi segala amaran yang telah ditetapkan olehNya.

Kesepaduan penggunaan ketiga-tiga fakulti ini akan menjauhkan tindakan yang bertentangan dengan ketamaduanan manusia yang digaris-bawahakan oleh Islam.

Fitrah Allah ini  membina benteng kekufuran kepada nikmat-nikamt Allah. Kelalaian kita untuk mensepadukan tindakan? Akan merosakkan ketamadun  manusia itu sendiri.( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 1944 hrs on Mei 27,2016).
..

Thursday, May 26, 2016

Bertindak bijak di Sungai Besar

Kemenangan majoriti tipis 399 undi dalam PRU-13 wajar jadi peringatan – 

KAMIL MASLIH: 26 Mei 2016 1:55 AM

AHMAD ZAHID HAMIDI berbincang dengan Liow Tiong Lai dan Mah Siew Keong selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Penganjuran Program oleh Kerajaan Persekutuan untuk Parlimen Sungai Besar di Putrajaya, semalam. BERNAMA

PUTRA JAYA 25 MEI: Barisan Nasional 9BN0 perlu bekerja kerasa serta berttindak secara bijaksana bagi mengatasi semua permasalahan dalaman dan luara dalam menghadpi Pilihan Raya Kecil (pRK0 Parlimen Sun gai Besar,18 Jne ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemenangan dengan majoriti tipis 399 undi di Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) perlu dijadikan peringatan untuk parti berusaha secara lebih bersepadu.

Jelas beliau, dengan kerajaan negeri Selangor dikuasai oleh pakatan pembangkang, kekangan-kekangan yang bakal dihadapi perlu ditangani secara bijaksana dan setiap strategi yang disusun harus dipastikan keberkesanannya.
“Di Sungai Besar kita adalah lebih kepada ‘underdog’ kerana hanya mempunyai kemenangan 399 undi (dalam PRU-13) dan kerajaan negeri di bawah orang lain. Tentunya kita harus bekerja keras dan lebih bijaksana dalam menangani semua permasalahan dalam PRK Sungai Besar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyua­rat Penyelarasan Penganjuran Program oleh Kerajaan Persekutuan untuk Parlimen Sungai Besar.
Yang turut hadir Pengerusi BN Selangor yang juga Pengarah Pilihan Raya BN untuk PRK Sungai Besar, Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Menurut Ahmad Zahid, mesyuarat yang diadakan hari ini adalah sama sebagaimana mesyuarat penyelarasan untuk Parlimen Kuala Kangsar yang diadakan di Ipoh, Perak, kelmarin.
“Kita tidak mahu pertindihan dari segi program dan aktiviti yang dilakukan kerana kita tahu kerajaan negeri Selangor tidak sama dengan Putrajaya,” kata­nya.
Menurutnya, BN menyenarai pendek tujuh calon dan parti akan mencalonkan individu yang boleh menang dan disukai ramai untuk kerusi itu.
“Perbincangan (tentukan calon) akan diadakan dengan pemimpin BN Selangor dan Sungai Besar sebelum keputusan diambil. Ramai yang mengharapkan wanita dipilih sebagai calon, walau bagaimanapun kami ada pertimbangan yang lain juga.
“Calon yang boleh menang dan disenangi turut menjadi keutamaan kami,” katanya.

Friday, May 20, 2016

Tiada Keperluan Bincang Usul Pecat Muhyiddin,Mukhriz--- Annuar Musa

Annuar Musa,Ketua Pnerangan Umno.
KUALA LUMPUR, 19 Mei – Tiada keperluan untuk membincangkan usul memecat bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir daripada UMNO pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan datang. 

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata ini berikutan banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan dibincangkan pada mesyuarat yang dijadualkan sebelum Ramadan itu, antaranya persiapan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

]Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Isnin berkata MT UMNO akan membuat keputusan mengenai isu itu pada mesyuaratnya pada hujung bulan ini, dengan usul telahpun dikemukakan oleh jawatankuasa disiplin parti.

Mengulas mengenai PRK Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Annuar berkata senarai calon sedang diteliti Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak selain mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung calon yang sesuai.

Annuar berkata calon yang bakal dipilih tidak semestinya terdiri daripada calon tempatan, asalkan calon itu berupaya menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai wakil rakyat.

Kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhan Jaya Pilihan  Raya mengumumkan PRK Parlimen Sungaui Bear dan Kuala Kngar diadakan serentak pada 18 jun ini. Mankala penamaan calon pada 05 hb Jun 2016.(Dari penerangan Umno pusat).Posted by abnmulya //haji abu baklar ninggal.blogspot.com at 211 hrs on Mei 20,2016.

Tuesday, May 17, 2016

Warkah dari penjara.Ingatan Anwar atas kelicinan Tun Mahathir,Daim.


BERIKUT kandungan penuh surat lapan halaman tulisan tangan yang dikatakan ditulis oleh bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ingatan terhadap keterlibatan melampau parti itu dan pimpinannya di dalam Deklarasi Mahathir.

Surat tersebut kali pertama didedahkan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang dan dilaporkan dibacakan pada mesyuarat Biro Politik Keadilan Pusat baru-baru ini.

Saudara-saudara, presiden, timbalan dan rakan-rakan pimpinan yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Permasalahan yang akan saya utarakan perlu dilacak dan diteliti dengan tenang. Intipati gagasan tidak tersasar dari dasar perjuangan dan konsisten dengan nada lakaran sebelumnya.

Kekhuatiran saya adalah jika saudara-saudara sekadar mendengar dengan hormat tetapi gagal membenahinya.

Dalam sejarah perjuangan kita, terdapat episod getir yang menuntut bongkahan pemikiran dan penyuluhan. Permasalahan kini terkait dengan Deklarasi Rakyat yang turut mengheret pimpinan dan wadah kita untuk bersekongkol dengan Tun M dan Daim.

Pandangan saya mungkin bercanggah dengan pendirian majoriti pimpinan. Saya gusar kerana mengandaikan strategi tersebut agak terlanjur dan menggugat sendi nadi dan tunggak perjuangan.

Kita perlu menghindari dari bahaya terjebak dengan permainan elit penguasa dan muslihat licik mereka untuk mengekalkan sistem usang. Kendati begitu, ramai rakan-rakan merasakan bahawa strategi baru tersebut ampuh dan terbaik.

Ia dikatakan berjaya memberikan lonjakan baru dengan penggemblengan semua kekuatan yang mungkin untuk menumbangkan Datuk Seri Najib selaku perdana menteri dan selanjutnya menjana perubahan.

Mereka yakin untuk mengawal keadaan dan mengelak dari berlakunya sebarang penyimpangan. Pertembungan idea di kalangan kita mengusutkan memang perlu dirungkai tanpa mengundang perbalahan atau persengketaan peribadi.

Saya amalkan pendirian yang sama tatkala menyingkap inisiatif penandatangan akuan bersumpah bersama Tengku Razaleigh yang kini terkubur. Saya dan pimpinan telah memberikan persetujuan meskipun saya pohon kewaspadaan untuk kembali menegakkan dasar dan khittah perjuangan.

Kita juga tidak wajar mengungkit kebijaksanaan pimpinan menyertai dan menandatangani Deklarasi Rakyat (DR). Dalam beberapa warkah sebelumnya, saya terus menggesa pimpinan agar waspada dengan politik elit penguasa dan keperluan mempertahan dasar perjuangan. Persoalan sekarang adalah menentukan hala tuju seterusnya.

Saya lebih cenderung memilih tidak dilihat berpadu dengan kelompok DR, yakni dengan mula menetapkan jarak. Di sebaliknya kita perlu memperhebat dan memesatkan kempen menjana perubahan, menjadi pembela rakyat yang tertekan akibat kecelaruan dan salah urus ekonomi negara; selaras dengan dasar dan gagasan yang kita gendong selama ini.


Kelompok DR, termasuk Tun M mungkin saja menyertai program tersebut tetapi perlu ketara agenda perubahan dan bukan DR. Izinkan saya jelaskan selanjutnya:

Saya pernah mempersoalkan dengan penuh kesangsian – ketika perbualan ringkas di mahkamah berkenaan mengapa kesungguhan kempen untuk mengangkat deklarasi yang menafikan kepentingan moral untuk reformasi terhadap demokrasi yang beramanah democratic accountability?

Terima kasih kerana maklum balas segera dan nota-nota penjelasan.

Pelancaran DR adalah seolah-olah seperti telah ditetapkan tanpa boleh dirunding atau fait accompli. Hanya setelah desakan daripada pimpinan NGO pada saat-saat akhir, sebahagian daripada pandangan kita dimasukkan, hanya sekadar mencantikkan deklarasi. 

Secara dasarnya, ia kekal sebagai dokumen Tun M, cacat dan tidak selari dengan pandangan dari sudut reformasi.

Ia hanya menumpukan kepada pengunduran Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri susulan skandal 1MDB. Ini adalah jelas jauh terpesong daripada raison d’etre atau asas perjuangan kita; untuk kebebasan dan keadilan, kedaulatan undang-undang, melawan salah guna kuasa dan rasuah, dan keadilan untuk semua!

Pimpinan dilihat seperti terpesona dan berpuas hati dengan jaminan bahawa segala tuntutan akan ditangani setelah pengunduran Najib.

Ini mengingatkan kembali kepada komplot ‘penguasa elit’ yang saya terangkan sebelum ini. Ia adalah secara jelas menguntungkan yang kaya dan yang berkuasa manakala rakyat akan terus dipinggirkan.

Kita hanya baru sahaja terlibat dengan ‘akuan bersumpah – kemelut SD’. Jaminan yang sama diberikan secara tertutup.

Dan dalam keterujaan atau keterdesakan untuk mengubah tampuk kepimpinan negara, kita berikan komitmen. Sekarang ia menjadi bahan sindiran dan memalukan, khususnya apabila Ku Li sendiri menafikan keterlibatan beliau dan menganggap rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal.

Beliau licik mempergunakan SD ini untuk meletakkan diri beliau sebagai calon kompromi apabila berlaku pertembungan atau kebuntuan antara Zahid dan Hisham.

Saya bingung bagaimana ada di kalangan kita dalam Pakatan Harapan yang terus meletakkan harapan agar ‘perubahan’ boleh berlaku melalui tipu muslihat.

Dan kini, meneruskan gerakan tersebut, yang dipimpin oleh mereka daripada kelompok penguasa atau pemerintah, kita bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada usaha baru ini, digambarkan seolah-olah sebagai strategi inklusif – rakyat.

Hanya satu penjelasan yang boleh diterima iaitu tindakan terdesak. Kita terdesak untuk angka sokongan – yang sebenarnya adalah demi kepentingan dalam politik tanpa sekelumit rasa bersalah.

Kita kena berlaku jujur. Kita terlibat dalam kedua-dua inisiatif dan bersetuju agar Johari Abdul mewakili kita dalam inisiatif SD manakala Azmin Ali, Tian dan Rafizi menyertai dalam inisiatif DR.

Tetapi saya sentiasa mengelak daripada menggunakan terma menyokong dan komitmen. Ia meresahkan untuk melihat pimpinan kita menjadi sebahagian daripada pasukan dengan seorang pemimpin yang zalim dan paling korup sebagai mantan menteri kewangan!

Seorang peguam kanan memaklumkan kepada saya beliau memerhatikan bagaimana pemimpin-pemimpin ini terpegun dan merendah diri dalam kehadiran bekas autokrat dalam program terbuka seolah-olah masih tersekat dengan budaya feudal.

Walaupun dengan kepetahan Azmin, Ambiga dan Mat Sabu yang lantang dan meyakinkan, pengolahan agenda reformasi hanya menjadi isu sampingan.

Jangan terpedaya dengan menganggap kenyataan-kenyataan mengutuk kezaliman yang melampau ketika waktu pemerintah Tun M akan mampu mengajak beliau untuk melakukan perubahan yang sistematik. 

Beliau terkenal dengan kecekalan, begitu tertumpu dengan agenda beliau yang sukar digugat. Ketakutan yang sentiasa menghantui diktator dan autokrat adalah pendedahan jenayah-jenayah yang dilakukan dan berbilion-bilion wang yang dicuri.

Sifat ihsan dan berlapang dada terhadap Tun M tidak pernah dihargai. Bukan sahaja tidak menyesal, beliau menunjukkan sifat terkutuk dalam diri beliau dengan meneruskan serangan peribadi.
Penghinaan ini sedihnya tidak dibela oleh rakan-rakan yang saya letakkan kepercayaan. Saya beranggapan kalian lebih mementingkan untuk mempertahankan usaha sama dan kepentingan dengan Tun M.

Malangnya, ini hanya akan meyakinkan beliau untuk tidak rasa bersalah terhadap kerosakan dan pembaziran yang berlaku ketika zaman beliau. Gayanya seperti telah beralih dari menafikan kepada menghapuskan kesalahan lampau! Azizah dan saya merasakan keperluan untuk membantah sebagai prinsip kami dan mempertahankan maruah.

Kenyataan kami merujuk kepada pemerintahan autokratik, keperluan untuk wacana menyeluruh bukan seperti pendekatan diktator beliau. .Pandangan kami, deklarasi telah gagal untuk membawa kebajikan rakyat kebanyakan, terutamanya kesengsaraan ekonomi dan reformasi institusi.

Kepada mereka yang taksub dengan Deklarasi, pasti tidak mengalukan kritikan sebegini. Saya minta berbeza pendapat dan mengutarakan penjelasan dalam perkara tersebut. Seterusnya pimpinan NGO telah membuat pendirian yang tegas kepada Tun M; walaupun secara peribadi berbanding dengan Tun M yang sentiasa memberi pandangan secara terbuka.

Selepas itu penjelasan dibuat bagi perkara yang tidak mempunyai apa-apa perubahan; iaitu majoriti ahli Parlimen akan menentukan calon perdana menteri yang baru. Dalam surat saya sebelum ini kepada Biro Politik, saya menzahirkan keraguan – yang mana deklarasi dan pendekatan baru ini bertentangan dengan perubahan jitu atau reformasi.

Saya menyeru pimpinan untuk tidak memandang rendah komplot mereka. Jangan terlalu yakin dengan menganggap kalian mampu mematahkan percaturan mereka. Jangan peringatan ini dipandang remeh. The best lack of all conviction, whilst the worse Are full of passionate intensity’ [William Butlers Yeats]

‘Yang baik tidak yakin dengan kebaikan, Manakala yang buruk Tegar dengan tumpuan sepenuh jiwa mempertahankan keburukan [WB Yeats, penyair dari Ireland]

Berhati-hati dengan Machiavellians yang akhirnya menyerahkan kuasa kepada kroninya.

Kita mengangkat diri kita sebagai mempunyai jiwa yang besar, didorong semata-mata demi kepentingan negara. Apa yang hilang daripada benak pemikiran kita adalah keadaan sebenar yang tatakelola dalam kerajaan telah dimusnahkan dan apa yang membimbangkan adalah tiadanya rasa menyesal dan tiada kesungguhan menyokong reformasi.

Kedua-dua Tun M dan Daim merupakan dalang dan begitu agresif mempertahankan kroni kapitalisme. Melalui proses yang tempang dan korup penjana bebas elektrik IPP dianugerahkan, projek lebuh raya diswastakan, barangan keperluan dimonopoli oleh kroni-kroni.

Ianya amat jelas mempergunakan dan membebankan rakyat. Kerakusan ini tidak terhenti dengan pemerintahan mereka dan kesan kerosakannya masih dirasai sehingga kini. Saudara mungkin dapat rasakan pendirian saya yang semakin tegas setelah pendekatan berjiwa besar dan berdamai yang mana pada awalnya seperti kebanyakan di kalangan saudara, 

saya agak naif menjangkakan Tun M akan lebih terbuka kepada perubahan. Beberapa siri perbincangan dengan pimpinan PH dan NGO tidak berjaya merubah atau menghalang ketaksuban dan dendam peribadi terhadap Najib tetapi bukan terhadap sistem yang bobrok dan rosak.

Ia seperti tidak masuk akal selepas bekerjasama dengan PH, NGO dan rakan-rakan kepercayaan saya, beliau masih terus menghina dan menyerang saya! 

Perangai seperti itu menghalang dari kemungkinan untuk pertemuan dengan ahli keluarga saya. Ada sahabat menyebut dengan takzimnya untuk tidak mengharapkan seorang yang telah berusia 92 tahun untuk akhirnya berubah. Ini hanya mengukuhkan keyakinan saya bahawa kumpulan elit penguasa hanya akan berusaha menyelamatkan Umno dan memastikan kebangkitan sistem usang.

‘The serpent that did sting… Now wears the crown.’ [Shakespeare]
Berhati-hati jangan dipatuk dua kali… Ular itu kini memakai mahkota’ [Shakespeare]

Rakyat kebanyakan kekal, sebagai suara yang penuh kesedaran, harapan rakyat untuk pendirian yang berprinsip. Kita tidak boleh dianggap sebagai menghalang atau melengahkan agenda reformasi; atau tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat.

Kita menuntut kebebasan, keadilan ekonomi, mengurangkan jurang kekayaan, melawan rasuah dan rampasan korporat. Percayalah dalam kebijaksanaan suara rakyat kebanyakan; dan berpandukan kepada aktivis, reformis dan memperkukuhkan akar umbi parti.

Izinkan saya mengulas kepada persoalan-persoalan lain. Maaf – tetapi saya tidak dapat mengelak daripada merasa terkejut dengan pandangan cetek yang melihat dengan kejatuhan Najib cukup untuk membawa perubahan ke arah demokrasi yang beramanah atau democratic accountability.

Saya telah menegaskan pendirian yang bertentangan dan tiada bukti yang boleh dikemukakan sebaliknya. Saya juga telah diminta untuk menunjukkan pendekatan jelas dan tidak mengelirukan terhadap deklarasi; dan saya berbuat demikian dengan tepat.

Tetapi saya mengutuk sikap yang tidak peka mendesak presiden, dan khususnya Nurul Izzah untuk membuat kunjungan hormat terhadap Tun M atau menyertai program beliau. Kamu mungkin nak mengambil hati beliau, tetapi menuntut pengorbanan daripada keluarga saya, terutamanya selepas cemuhan beliau baru-baru ini adalah sangat tidak berhati perut!

Dan tolong jangan melayan yang mengaku sebagai ‘sumber sahih, dipercayai’ yang mana Najib telah menghantar utusan untuk bertemu dengan saya dan telah berlaku satu pertemuan dengan Zahid di HKL minggu lepas. Ini adalah fitnah dan disebarkan dengan niat untuk melahirkan kesangsian dan perbalahan. Kepercayaan adalah seperti semakin terhakis.

Saya dengan yakin boleh mengandaikan kalaulah pertemuan itu benar-benar berlaku, kredibiliti saya masih kekal tidak terjejas. Dan sebaliknya, saya akan berterus-terang dengan rakan-rakan jika benarlah bahawa berlaku tawaran atau dakwaan terhadap mereka.

Ia adalah memalukan untuk menunjukkan sikap sebegini; tetapi kita perlu membina semula kepercayaan dan mempunyai sifat kasih sayang. Akhirul kalam – saya kini diselubungi rasa sugul. Saya tidak berhasrat membebankan saudara-saudara dengan derita kesepian mendekam di penjara.

Ujian sedemikian betapa pun sukar buat saya, Azizah dan keluarga tetapi tidak serumit dan kusut menangani perkembangan parti mutakhir ini. Sejak bergulirnya Reformasi 1998, saya merasakan idealisme perjuangan mula terhakis, teruji dengan kilauan kuasa dan dana.

Kekuatan saya sekadarnya, jika diakui adalah dengan meniupkan dan menyemarakkan kesedaran ke arah perubahan – islah mas ta ta’ (perubahan sedaya upaya). Maka kita bergelut selama hampir dua dasawarsa menghadapi kekejaman dan keperitan hidup. Kita pecahkan tembok ketakutan; perkauman; kesempitan takrif agama kepada rahmatan lil ‘alamin.

Namun kegusaran saya adalah justeru perkembangan kini meletakkan kita di persimpangan jalan. Soal cita-cita murni, idealisme bukan lagi persoalan asasi tetapi pencak politik untuk berkuasa. Atau di sebaliknya, apakah saya dirundung malang kerana sukar menerima kenyataan?ruskan dengan menekankan agenda Keadilan; menolak kerakusan kuasa dan pemerasan rakyat.

Memadai saya rumuskan keterbatasan dan kelemahan saya yang tidak upaya menggalas persefahaman baru DR. Saya tidak berhalangan jika rapat umum dan sesi ceramah kita dite

Kelompok lain mungkin saja hadir menerangkan DR; tetapi jangan berganjak dari pendekatan kita. Pastinya tokoh lama tersebut yang tidak mendukung gagasan rakyat tidak wajar ditonjolkan kerana ia akan mengelirukan rakyat; mengaburkan agenda reformasi malah mengkhianati amanah islah.

Dalam wacana mengenai mauduk tersebut, itu saja batas yang saya mampu perakui. Jika majoriti memilih untuk mendukung persefahaman DR sepenuhnya; saya akur tetapi akan menyepi dan hanya mengulangi hasrat mendamba perubahan seutuhnya.

Kehampaan saya berikutnya justeru kelemahan lantas kegagalan menghimpun saf kepimpinan yang padu. Keupayaan dan peranan sebagai pengikat pimpinan dan kelompok juga kian terhakis.

Maka kedengaran keluhan berunsur tuduhan bahawa saya turut memihak dan terkait dengan beberapa krisis sebelumnya. Saya cuba lakukan sebaiknya tetapi kudrat terbatas. Perseteruan sudah melampaui batas etika hingga kelihatan lebih lunak berurusan dengan musuh politik ketimbang teman seperjuangan.

Pelbagai ikhtiar, pujuk rayu dari saya tidak lagi mengesankan. Pandangan dan ulasan dari rakan-rakan sebegitu penuh dengan prasangka, dan sekilas mata dapat menyelamai kelompok yang diwakili. Persoalan nilai, akhlak, bahaya fitnah wajib dihindari. Maka keupayaan saya terbantut disini.

Saya pohon setulusnya agar warkah ini tidak diputar dan ditafsir mengikut selera kabilah. Warkah ini berupa wasiat dan amanah perjuangan untuk semua sahabat dalam saf kepimpinan.

Telaah dan manfaatkanlah sebaiknya. Maaf dipohon seandainya dianggap terlanjur dan menyinggung.
Dalam kesepian dan murung, saya banyak menyemak puisi termasuk

The Best Poems of the English Language: from Chancer through Proust karya Harold Bloom. Sebelumnya saya asyik dengan Pablo Neruda; Anna Akhmatova (Tsarina of Poetry); WS Rendra dan A Samad Said. Rakan saya penyair Tawfiq Ismail pernah melakar di zaman remajanya – puisi yang saya hafal; dan pernah saya deklamasikan di Bandung sekitar 2005.

Judulnya: “Memang Selalu Demikian, Hadi” (1966) di era gerakan mahasiswa menentang PKI dan Sukarno. Pohon izin menggantikan Hadi dengan “Saudaraku”: “Memang selalu demikian saudaraku”.

Setiap perjuangan selalu melahirkan
Sejumlah pengkhianat dan para penjilat 
Setiap perjuangan selalu menghadapkan kita
Pada kaum yang bimbang menghadapi gelombang

Setiap perjuangan yang akan menang
Dan para jagoan kesiangan
Memang demikianlah halnya, saudaraku.
Kepada Allah SWT dipohon keberkatan
an restu Semoga perjuangan diberkati. Amin

(Utusan online).Posted by abnmulya // haaji abu bakar ningal.blogspot.com at 6.48 am on Mei 18,2016.

Piala Thomas Malaysia juara Kumpujlan C

NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR: 17 Mei 2016 6:19 PM

SEBAHAGIAN penyokong Malaysia meraikan kemenangan pasukan negara menumpaskan Korea Selatan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan C Kejohanan Piala Thomas di Pusat Sukan Kunshan, China hari ini. -- BERNAMA

KUNSHAN, China 17 Mei – Malaysia menamatkan persaingan di peringkat awal Piala Thomas selaku juara Kumpulan C selepas menewaskan Korea Selatan 3-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Kunshan, di sini sebentar tadi.

Datuk Lee Chong Wei yang menjadi sandaran utama negara tidak berdepan masalah menyumbang mata pertama dengan menewaskan Son Wan Ho 21-18, 21-15.
Hasrat untuk menyaksikan pasangan Goh V Shem-Koo Kien Keat meraih mata kedua tidak kesampaian apabila mereka tumpas 16-21, 11-21 kepada pasangan No. 1 dunia Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong.
Juara kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zainuddin menyumbang mata kedua negara selepas menundukkan Lee Dong Keun 21-15, 21-17.
Satu lagi pasangan beregu negara, Tan Wee Kiong-Tan Boon Heong juga gagal menyumbang mata untuk memastikan Malaysia mencatat kemenangan ketiga dalam saingan peringkat kumpulan selepas tewas 14-21, 24-22 kepada Kim Gi Jung-Kim Sa Rang.
Perseorangan ketiga negara Chong Wei Feng memastikan kejayaan negara selepas menang 21-16, 21-16 ke atas Jeon Hyeok Jin. – UTUSAN ONLINE( POSTED BY ABNMULYA  //HAJI ABU BAKAR NINGGAL.BLOGSPOPT.COM AT 1925 HRS ON mEI 17,2016.

Thursday, May 12, 2016

UMNO paling berjaya di dunia

MOHD. ASRON MUSTAPHA, 
MOHAMMAD YASIR JAAFAR 
DAN 
FITRI AFFENDI MUSTAFA<13 Mei 2016 1:28 AM

Najib Tun Razak menerima tepukan dari ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno (MT) selepas memotong pulut kuning bersempena sambutan ulang tahun ke-70 UMNO di PWTC,Kuala Lumpur,malam tadi. Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor.Gambar Utusan,Shaifidin Mohd Noor.
KUALA LUMPUR 12 Mei - UMNO yang baharu sahaja menyambut Ulang Tahun Ke-70 penubuhannya kini muncul sebagai parti politik paling berjaya di dunia dan nikmat daripada hasil pemerintahannya meresap ke segenap lapisan masyarakat di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan hebat itu menyebabkan banyak pengkaji politik tertanya-tanya apakah sifir atau formula yang digunakan parti terbesar orang Melayu tersebut sehingga mampu bertahan biarpun berdepan cabaran yang cukup keras.
Jelasnya, kekuatan itulah juga yang memungkinkan British terpaksa akur dengan tuntutan kemerdekaan sehingga membolehkan UMNO memimpin negara ini bersama rakan-rakan Barisan Nasional (BN) dan kepemimpinan tersebut kekal sehingga sekarang.
“Apakah sifir dan formula yang diguna UMNO hingga membawa kepada kejayaan tak putus-putus memerintah bumi bertuah sampai ke hari ini? Wajar kita renung kembali (untuk mencari jawapan) me­ngapa 26 persatuan Melayu berhimpun di tangga Istana Johor.
“Intipati kekuatan parti keramat ini terletak pada namanya. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dipilih khas kerana daripada itulah kita bersatu yang menjadi kunci kepada kejayaan kita walaupun pelbagai krisis dan cabaran politik melanda UMNO dalam tempoh 70 tahun ini.
“Keduanya, apabila UMNO berjaya memecah tembok kenegerian, tidak berjuang atas kelompok kecil tetapi nasional. Kekuatan luar biasa ini menyebabkan penjajah terpaksa serah bumi ini kepada rakyat Malaysia untuk dipimpin UMNO dan rakan-rakan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-70 UMNO di sini, semalam.
Sempena majlis tersebut, UMNO turut menganugerahkan Tokoh Melayu Terbilang 2016 kepada veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa.
Dalam pada itu, Najib berkata, satu lagi asas kekuatan utama UMNO ialah kesetiaan ahlinya ter­hadap parti, sehingga membolehkan UMNO menempuhi segala badai politik yang melanda.
Tegasnya, bagi sebuah parti politik besar seperti UMNO adalah lumrah sekiranya berlaku perbalahan serta perbezaan pandangan dan setiap kali keadaan itu berlaku, disiplin ahli serta rasa kasih kepada UMNO menyebabkan semua warganya kembali bertaut.
“Sebab itu saya katakan dan saya ulang sekali lagi, kalau ditakdirkan suatu hari nanti saya berselisih faham dengan pengganti saya, saya takkan keluar UMNO sebab saya tahu UMNO terlalu besar jasa dan budinya pada negara. Saya tidak akan khianati parti hingga ke akhir hayat,” ujarnya.( Utusan onlie).Posted by abnmulya // haji abu bakar n inggal..blogspot.com at 5.30 am on Mei 13 2016.

Wednesday, May 11, 2016

Sangat Bersetuju Dengan Saranan YAB (TPM) Mahu Melakukan Pembersihan Kotoran Dalam Umno...



Oleh Haji Abu Bakar Ninggal
Khamis ,May 12,2016 @12.40pm.


Bersempena dengan hari menyambut genap usia parti Umno dah berusia 70 tahun berada di dalam arena politik tanah air ini pada (11/05/2016)? Maka dalam hubungan itu YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi,Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dilihat ada memberi sarananya yang berbunyi, " Perlu Bersihkan Kotoran Dalam Umno".

Setiap ahli-ahli Umno benar-benaar mahukan parti Umno itu terus hidup dan efiktif masa depannya hingga ke anak cucu dan cicit kita? Dalam konteks saranan TPM itu? 

Secara peribai saya sendiri.Bahawa saya sangat bersetuju dengan saranan Timbalan Perdana Menteri kita,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi,bahawa di saat dan ketika ini?

Parti Umno sangat perlu dibersihkan dengan secepat mungkin untu menmgnyahkan golongan yang membahayakan paeti Umno ini dari ansir-ansir kotor-bolor itu terutama  golongan yang seperti di bawah ini sebelum tibanya PRU ke-14 pada tahun 2018.

Tokoh-tokoh politik yang menjadi targget:
-yang menjadi musuh di dalam selimut?
-tokoh yang menggunting di dalam lipatan?
-tokoh yang menjadi api di dalam sekam?
-tokoh yang bermuka talam dua muka?
-tokoh politik musang yang berbulu ayam?


* Juga dengan berbagai-bagai lagi perumpamaan dan bidalan orang tua-tua kita di zaman silam.

Jika dah ternyata bahawa tokoh-tokoh itu telah kerap kali melanggar disiplin parti Umno secara terang-terangan tanpa sedikit pun rasa hormat pada Presiden pasti Umno ,Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedang memangku kerja-kerja Tim.Presiden Umno? 

Mereka haus dipecat segera dari Umno.Mereka itu dilihat semata-mata mencari kesempatan berada di dalam Umno demi kepentingan peribadi mereka? Useless...

Jika mereka itu diterima juga menyertai Umno? Ia merupakan bahaya yang sangat besar bagi parti Umno itu sendiri kerana menerima semula tokoh-tokoh politik yang sangat pandai berpura-pura.

Percayalah! Di isuatu masa nanti mereka ini akan menikam parti Umno sekali lagi dari belakang?
Pepatah Meelayu ada berkta,:" Jika anjing itu dah makan tahi?Pada bila-bila masa aje? Mereka akan tetap makan tahi.? Jika seorag itu dah pernah di pecat dari Umno?

Kemudian diterima semula menyertai Umno?Dan kemudianya bila kepentingan peribadinya ditolak?Maka keluar dari Uno buat kali kedua-nya pula? Tak tahu mengenag budi? Insan jenis apa ini?

Apa dah jadi? Ahirnya dia dengan muka " toya" aje keluar lagi meninggalkan Umno dan di masa yang sama depa kutuk,cerca,hina pemimpin nombor satu parti Umno yang sangat kita sayangi den gan sesuka hati depa aje?
Justeru it,ketika parti Umno mahu melakukan pembersihan seperti mana yang di kehendaki oleh Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu?

Kita memang boleh buang yang keruh dan ambil yang jenih? Islam pun sangat menggalaakan setiap muslimen dan muslimat agar sentiasa maaf dan memaafkan antara sesama kita yang beragama Islam itu adalah semuanya bersaudara.

Disamping itu,,kita harus waspadah dan ingat, jika kita terus menyokong pada orang politik pernah Tnku Abdul Rahman pecat pada tahun 1969 yang menurut Tungku Abdul Rahman adalah seorng ahli politik yang men jadi raja "pengadu -domba politik" di dalam Malaysia ini?

Jika beliau tidak diterima semula menyertai Umno pada tahun 70an oleh regim Tun Razak dulu itu? Maka Malaysia dan Datuk Seri Najib tidak di aibkan dan dimalukan begitu rupa tanpa sebab munasabab yang sahih? Durjana benar tokoh ini?

Justeru itu,jangan alpa, di ketika Umno mahu melakukan pembersihan untuk menghadapi PRU yang ke-14 pada tahun 2018 ini nanti?Jangan-lah sekali lagi melakukan sesuatu yang pernah silap itu?
Hendaklah hati-hati,agar jangan asudah terhantuk baru nak tengadah? Setela nasi akan menjadi bubur sekali lagi?

Nature politik seseorang yyang kita hendak buat kawan seperjuasngan itu? Ia mertupakan sesuatu yang amat penting dinillai ketika Umno sedang melakukan pembersihan?

Sesal kemudian itu tidak akan berguna lagi jika KITOL MODEN itu dah berjaya merap di kalangan di dalam parti Umno itu sendiri .Harus wasapad sebelum hubaya datang menjelma tiba??( Posted by abnmulya //haji abu bakar ninggal.blogspot.com at 12.40 pm on May, 12,2016